Malay Book - Bacalah Anakku - RightToLearn.com.sg

Malay Book - Bacalah Anakku

Terbukti anak-anak dalam video ini berjaya membaca menggunakan Set Bacalah Anakku dan juga Set Read Easy
Jom, kita lihat sendiri anak-anak yang boleh membaca menggunakan Set Membaca ini

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku mula diperkenalkan pada akhir tahun 1996 oleh pasangan suami isteri , Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi, yang juga merupakan bekas guru bahasa Inggeris yang terlatih.
Siri ini mengandungi 8 buah buku yang telah disusun berdasarkan kaedah fonik gabung-bunyi untuk mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun. Siri ini telah berjaya membantu ribuan kanak-kanak di Malaysia, khususnya, membaca dengan cepat berdasarkan kaedah fonik dan stail penyusunan teks bacaannya.
Melalui kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak membaca hanya dengan menyebut terus bunyi-bunyi dan menggabungkan bunyi-bunyi tersebut untuk membaca perkataan tanpa perlu mengeja-eja atau menghafal suku kata.
Melalui cara ini kanak-kanak boleh membaca seawal usia 3 tahun , membaca dengan cepat dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan sahaja, membaca dengan lancar perkataan yang panjang dan dapat membantu kanak-kanak yang ada masalah keupayaan membaca serta kanak-kanak pemulihan.
Kini siri ini telah menjadi antara bahan utama untuk mengajar membaca terutamanya di rumah dan di tadika-tadika di seluruh Malaysia, di pusat-pusat prasekolah di sekolah-sekolah rendah , di kelas-kelas pemulihan sekolah rendah dan menengah , serta di pusat-pusat cepat membaca semenjak tahun 1997 lagi. Siri ini juga telah digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam sebagai program membaca di prasekolah dan Tahun 1 seluruh negara pada tahun 2009.
Kini siri ini telah dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan yang berkaitan seperti Buku aktiviti,  Buku Rancangan Mengajar, Buku Permainan Kreatif , Set Kad Abu Ada Ayam, Buku Penulisan Kreatif, Carta Bunyi dan Poster Bacaan.
FAKTA BERKAITAN
  • Lebih 800 buah tadika dan taska dan 200 buah sekolah di seluruh Malaysia telah menggunakan siri ini secara aktif di Malaysia
  • Telah digunapakai oleh Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam sebagai program utama untuk mengajar membaca di prasekolah dan Tahun 1 seluruh negara pada tahun 2009
  • Menjadi pilihan utama oleh rangkaian tadika PAP Community Foundation di Singapore sebagai program utama pada peringkat prasekolah
PENDEKATAN MENGAJAR
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku disusun berdasarkan kaedah fonik ( bunyi ) di mana kanak-kanak mulanya akan dikenalkan dengan bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan bahasa Melayu yang kemudiannya akan dikaitkan dengan simbol-simbol huruf berkaitan. Oleh itu kanak-kanak akan menyebut bunyi huruf bukannya nama huruf setiap kali mereka melihat satu-satu simbol.
Melalui kemahiran gabung bunyi, kanak-kanak akan menggabungkan bunyi-bunyi huruf tersebut untuk membina perkataan secara automatik ( atau terlatih ) untuk membaca perkataan dan ayat. Melalui cara ini semua perkataan yang mudah mahupun yang panjang akan dibaca secara terus dengan menggabung bunyi. Mereka tidak perlu mengeja-eja atau menghafal pola-pola ejaan yang banyak untuk membaca seperti dalam kaedah lain.
KEISTIMEWAANNYA
1. MUDAH bagi kanak-kanak kerana mereka hanya perlu tahu 28-30 bunyi sahaja
2. CEPAT untuk membaca kerana dengan kaedah gabung bunyi, kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dalam tempoh yang singkat
3. LANCAR dari segi bacaan kerana mereka akan terus menyebut perkataan tanpa tersekat-sekat
4. kanak-kanak boleh membaca pada USIA AWAL , seawal usia 3 tahun, untuk menguasai kebolehan membaca
5. boleh MENULIS  tanpa perlu mengeja-eja secara tidak langsung ( automatik )
6. SERASI dengan kaedah membaca dalam Bahasa Inggeris kerana cara membaca perkataan adalah sama dan terdapat 21 bunyi huruf yang sama dalam kedua-dua bahasa

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad

Kandungan Pakej:
8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,
12 Keping Kad Imbas

Mengenai Produk

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Keistimewaan Produk

Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Dua warna
Berima
Kurang Gambar


Liquid error (layout/theme line 501): Could not find asset snippets/booster-message.liquid